newheader

BERSAMA DR ZANNAT DAN DR ZEENAT

Panduan kesihatan ini ditulis oleh dua orang doktor perubatan, Dr Zannat dan Dr Zeenat. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk berkongsi pengetahuan berkaitan masalah kesihatan yang biasa dialami masyarakat serta sebagai panduan pengguna produk RF3 World – Firmax3.

Harapan penulis, adalah agar kebaikan produk ini terutama dari segi kesihatan dapat disebarkan kepada lebih ramai lagi pesakit yang memerlukannya. Perkara ini hanya dapat dicapai jika maklumat berkaitan penyakit, cara tindakan bahan dalam produk serta cara penggunaan diterangkan kepada pesakit dengan baik dan jelas.

Krim Firmax3

Krim ini bertindak sebagai pembantu penstabil hormon yang menggunakan nano-teknologi (teknik penyerapan terbaik). Ekstrak herba akan disalurkan ke dalam sirkulasi darah dengan cepat dan segera tanpa melalui proses pencernaan, kemudian diubah menjadi auto-hormon untuk keperluan tubuh masing-masing.

Ia mengandungi Kigelia Africana, manjakani, pegaga, yam liar, aloevera, sel asas epal, tongkat ali, ekstrak soya, kollagen, vitamin A, vitamin B2, vitamin E dan vitamin B5

Kesan krim Firmax3 boleh bertahan selama 8 ke 12 jam. Namun begitu, pengguna berterusan selama 3 bulan akan kekal kesannya kerana hormon badan telah sedia aktif, telah selesai pembuangan toksik badan dan sel yang rosak telah diganti.

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Ketidakstabilan Hormon.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Pendedahan kepada bahan kimia dalam makanan, sabun atau syampu, ketidakseimbangan hormone.

Fungsi Firmax3

Bertindak sebagai penstabil hormon 

Rawatan

Sapu krim Firmax3 setiap 8 jam

Lemak berlebihan dalam badan (terutama kawasan perut), kurang otot dan kekuatan, tulang semakin rapuh, kulit nipis, masalah tidur, kurang tenaga, kurang toleransi bersenam, kurang sihat, kemurungan, emosi tidak stabil dan lain-lain masalah berkaitan dengan proses penuaan

Punca

Proses penuaan, penyakit berkaitan kelenjar pituitari dan hipotalamus, kecederaan otak, radiasi, pembedahan

Fungsi Firmax3

Bertindak mengimbangi hormon badan dengan cara meningkatkan rembesan hormon pertumbuhan yang berkurangan

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan sekeliling pusat arah jam dan lawan jam setiap 8 jam

Punca

Perubahan kadar hormon dalam darah terutama hormon estrogen (berkait dengan kitaran haid, wanita mengandung, menopos), pengambilan pil perancang, ubat darah tinggi (vasodilator), stress, amalan tidur yang tidak sihat (kurang atau terlebih tidur), perokok pasif, pemakanan tidak sihat, keletihan fizikal berlebihan.

Fungsi Firmax3

Faktor-faktor yang telah dinyatakan menyebabkan rembesan bahan kimia yang menyebabkan kesakitan. Krim Firmax3 membantu menstabil hormon, bertindak sebagai ubat tahan sakit (analgesik), pelancar peredaran darah, membuang toksik dalam badan, membantu mengatur tidur.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam untuk 3 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan, senaman dan tidur yang mencukupi.

Catatan

Pada permulaan penggunaan, pesakit mungkin mengalami sakit kepala (atasi dengan tidur di bilik yang gelap dan senyap), timbulnya lebih banyak jerawat, kulit berminyak. Ia merupakan tindakbalas pembaikpulih serta pembuangan toksik dalam badan yang mungkin berakhir selepas 3 ke 7 hari (bergantung kepada individu).

Pesakit perlu meneruskan mengguna krim serta mengambil air mineral beralkali yang banyak. Selesai proses pembaikpulih, pesakit akan sembuh dari sakitnya dan kesan itu akan berkekalan selepas 3 bulan penggunaan krim.

Punca

Stress, masalah kesihatan seperti gastrik, ubat (darah tinggi, allergi, stress, selsema, asma)

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu mendapatkan tidur berkualiti melalui terapi hormon

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam

Catatan

Elakkan melakukan senaman. Minum minuman yang mengandungi caffeine, atau merokok sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Keletihan, bertambah berat badan, tidak tahan sejuk, sakit otot, sembelit, haid tidak teratur, kulit kasar, rambut kasar dan bercambah, bengkak mata, konsentrasi dan daya ingatan lemah.

Punca

Kerosakan pada kelenjar tiroid (pembedahan, ketumbuhan, kemalangan, radiasi), selepas bersalin (biasanya sementara), inflamasi / autoimmune

Fungsi Firmax3

Hormon tiroid yang tidak mencukupi menyebabkan kadar metabolisma menurun dan menyebabkan semua gejala yang tersenarai. Krim Firmax3 membantu meningkatkan kadar metabolisma sel yang terlibat dalam proses penyembuhan sel. Dengan itu, ia membantu meningkatkan pengeluaran hormon tiroid.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Pastikan telah mendapat pengesahan kewujudan penyakit dari doktor perubatan dan mengikuti plan rawatan oleh doktor.

Catatan

Kesan pada pesakit mungkin mengambil masa yang agak lama 1 ke 3 bulan (bergantung kepada individu) kerana ia melibatkan proses penyembuhan sel. Pastikan pesakit terus menggunakan krim selama sekurang-kurangnya 3 bulan.

Jantung berdebar, nafas laju, insomnia, tidak tahan panas, berpeluh berlebihan, kurang konsentrasi, tiada haid, kelenjar tiroid bengkak, emosi tidak stabil, rambut gugur.

Punca

Penyakit autoimun (Grave’s Disease), ketumbuhan, radang kelenjar tiroid (selepas bersalin, jangkutan kuman)

Fungsi Firmax3

Rawatan bagi hipertiroid meliputi ubat antiinflamasi (radang), ubat antitiroid dan pembedahan. Krim Firmax3 membantu dalam mengurangkan kesan sampingan ubat seperti gastrik, reaksi kulit, sakit sendi dan kerosakan hati. Ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan sel sebelum dan selepas pembedahan.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Pastikan telah mendapat pengesahan kewujudan penyakit dari doktor perubatan dan mengikuti plan rawatan oleh doktor.

Catatan

Krim Firrmax3 digunakan sebagai ubat tambahan bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kesan sampingan ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Punca

Kekurangan hormon estrogen (masalah ketidakstabilan hormon, menopos)

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan metabolisma serta membetulkan kitaran haid. Ini menyebabkan hormon estrogen dirembes dengan mencukupi.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Sapu krim Firmax3 pada payudara

Catatan

Lakukan juga pemeriksaan sendiri payudara (Breast self examination) setiap bulan dan lakukan pemeriksaan doktor bagi pengesanan awal ketulan atau masalah pada payudara.

Punca

Ia adalah normal dan biasanya disebabkan oleh perubahan hormon badan dan biasanya berlaku seminggu sebelum dan semasa haid.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon dan dapat mengurangkan kesakitan tersebut.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Krim Firmax juga boleh disapukan pada payudara dan tempat yang sakit untuk mengurangkan kesakitan.

Catatan

Lakukan juga pemeriksaan sendiri payudara (Breast self examination) setiap bulan dan lakukan pemeriksaan doktor bagi pengesanan awal ketulan atau masalah pada payudara.

Punca

Jangkitan kuman

– biasanya dikalangan ibu menyusu. Ketulan bukan kanser (biasanya fibroadenoma)

– hanya dapat disahkan yang ia bukan kanser selepas pembedahan.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antibakteria yang dapat mencegah penyakit

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam serta pada payudara.

Catatan

Jika berlarutan, perlu berjumpa doktor untuk medapatkan antibiotik atau membuang nanah yang terkumpul dalam tisu payudara.

Punca

Biasanya disebabkan oleh pendedahan kepada tahap estrogen yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Bergantung kepada sejarah perubatan pesakit seperti umur mendapat haid pertama, umur mengandung anak pertama, pengambilan pil perancang dan pendedahan terhadap bahan-bahan penyebab kanser.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan antikanser yang dapat mengecutkan sel-sel kanser.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam dan pada payudara

Catatan

Pastikan telah mendapat pengesahan kewujudan penyakit dari doktor perubatan dan mengikuti plan rawatan oleh doktor.

Punca

Stress, ibu keletihan, ibu kurang nutrisi, bayi tidak kerap menyusu.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan galactogogue (perangsang pengeluaran susu badan) semulajadi. Ia juga mengandungi nutrisi tinggi (vitamin dan mineral). Ia juga membantu mengurangkan stress pada ibu.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Jika bayi kurang menyusu, ibu perlu mengepam susu dengan kerap untuk meningkatkan pengaliran susu dan mengambil makanan berkhasiat.

Catatan

Anak yang minum susu ibu yang menggunakan krim Firmax3 juga akan mendapat kebaikannya seperti meningkatkan sistem imun dalam badan terhadap penyakit, cukup nutrisi penting dan elak masalah usus seperti perut kembung, sembelit dan cirit-birit.

Punca

Gula tinggi dalam darah disebabkan oleh kekurangan hormon insulin atau badan tidak bertindak balas terhadap hormon insulin yang dirembeskan.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu meningkatkan kadar metabolisma sel yang terlibat dalam proses penyembuhan sel. Dengan itu, ia membantu meningkatkan pengeluaran hormon insulin. Ia juga mengurangkan gula dalam darah.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam serta di keliling pusat.

Catatan

Monitor dan rekod kandungan gula dalam darah secara berkala dan tunjukkan pada doktor yang merawat supaya dos ubat dapat dikurangkan. Amalkan cara hidup sihat.

Punca

Sindrom ovari polisistik (PCOS), ketidakstabilan hormon.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan metabolisma serta membetulkan kitaran haid. Ia juga mencairkan darah haid serta mengurangkan ketulan yang menyebabkan senggugut.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam.

Catatan

Haid pertama selepas mula menggunakan krim Firmax3, masalah senggugut mungkin masih ada atau lebih teruk. Darah haid yang turun juga lebih banyak dan cair. Ia adalah kesan pencucian rahim.

Punca

Ketumbuhan yang berasal dari rahim disebabkan ketidakseimbangan hormon wanita (estrogen dan progesterone).

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 menstabilkan hormon wanita sekaligus membantu merawat fibroid.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam.

Catatan

Haid pertama selepas mula menggunakan krim Firmax3, masalah senggugut mungkin masih ada atau lebih teruk. Darah haid yang turun juga lebih banyak dan cair. Ia adalah kesan pencucian rahim.

Punca

Ketidakstabilan hormon, asap rokok, pil kesuburan.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon wanita sekaligus membantu merawat cyst.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam.

Catatan

Haid pertama selepas mula menggunakan krim Firmax3, masalah senggugut mungkin masih ada atau lebih teruk. Darah haid yang turun juga lebih banyak dan cair. Ia adalah kesan pencucian rahim.

Punca

Kekurangan pembebasan hormon Gonadotropin (GnRH) dari kelenjar pituitari menyebabkan sperma yang dihasilkan oleh testis kurang matang. Sebab lain adalah pengambilan steroid jangka panjang, radiasi dan kimoterapi ke bahagian otak.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu merawat punca ketidaksuburan lelaki

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam.

Punca

Stress, keletihan, penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi, menopos, penuaan. Perokok aktif, dan pasif, pemakanan tidak sihat.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan yang melancarkan peredaran darah, merawat erectile dysfunction, mengetatkan faraj dan meningkatkan kesihatan dalaman wanita. Ia juga merawat keputihan dan mencegah jangkitan kuman di kawasan faraj.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam. Bagi lelaki, boleh juga disapu pada pangkal zakar.

Catatan

Pada permulaan penggunaan krim, masalah keputihan mungkin bertambah teruk tetapi ia akan pulih selepas selewat-lewatnya 7 hari (bergantung kepada individu).

Punca

Perubahan hormon pada wanita mengandung dan pertumbuhan bayi dalam rahim menyebabkan gejala yang dinyatakan.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon sekaligus memastikan keadaan keseluruhan ibu mengandung dan anak dalam kandungan sihat. Ia juga kaya dengan vitamin-vitamin penting yang melindungi ibu dan anak dalam kandungan dari penyakit. Kesannya yang menakjubkan pada kulit dapat menghilangkan parut

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam. Boleh juga sapu di pelipat kedua-dua kaki jika mengalami kaki bengkak.

Catatan

Penggunaan krim boleh diteruskan dari awal mengandung hingga selepas bersalin. Bagi ibu mengandung anak pertama dinasihatkan berhenti dulu semasa kandungan berusia 6 bulan kerana khuatir penghasilan susu terlalu banyak hingga menyebabkan kebengkakkan payudara.

Punca

Pengambilan kaedah perancang seperti pil perancang, penggunaan implanon, suntikan hormon dan IUCD (alat dalam rahim) bagi menjarakkan kelahiran anak.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 bertindak meningkatkan keberkesanan hormon / bahan yang terkandung dalam pil perancang, implanon, suntikan dan IUCD. Ini secara langsung meningkatkan keberkesanan kaedah perancang keluarga yang digunakan.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan keliling pusat setiap 8 jam.

Catatan

Teruskan pengambilan kaedah perancang keluarga yang dipilih secara teratur.

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Sistem Saraf

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Kecederaan, keletihan, kerosakan tisu.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan penahan sakit organik.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam. Boleh juga disapu krim tersebut sedikit di kawasan yang sakit

 

Punca

Epilepsy, penyakit Parkinson, sawan demam.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan antikonvulsan (anti sawan). Ia juga mengandungi bahan pelindung hati (hepatoprotective) dimana kebanyakan ubat sawan mempunyai kesan sampingan buruk terhadap hati.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam.

Catatan

Pesakit dinasihatkan meneruskan ubat yang oleh doktor perubatan dan membuat rekod serangan sawan secara peribadi. Rekod tersebut harus dikemukakan kepada doktor perubatan setiap kali bertemu doktor untuk pelan pengurangan ubat dan sebagainya.

Punca

Kurang peredaran darah ke seluruh bahagian otak, kurang oksigen dalam darah, ADHD, kesan ketagihan caffeine dan nicotin (rokok).

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan perangsang saraf. Ia juga melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kandungan oksigen darah.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam.

Catatan

Selamat digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan untuk menggantikan pengambilan nicotin (perokok).

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Masalah Kulit

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Kurang kebersihan kulit seperti tidak membasuh kaki selepas bermain di luar, bermula dengan pembentukan bisul.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antibakteria (membunuh kuman).

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan kaki setiap 8 jam. 

Catatan

Pesakit harus berjumpa doktor perubatan jika pesakit demam dan kudis bertambah besar untuk mendapatkan antibiotic (ubat makan) dan mungkin menjalani pembuangan nanah di klinik.

Punca

Kayap biasa berlaku di satu bahagian badan sahaja kerana virus berada di dalam saraf yang membekalkan rangsangan pada bahagian kulit tersebut. Ketuat disebabkan jangkitan virus.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antiviral dan penahan sakit.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi berhampiran kawasan sakit setiap 6 atau 8 jam.

Catatan

Jika keadaan kayap agak teruk dan terjadi di muka, perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pil antivirus yang lebih kuat dan doktor juga akan memberikan krim antivirus.

Punca

Kulat membiak di kawasan tertutup dan berpeluh seperti leher, bawah payudara, perut, kelangkang, ‘bra line’ dan peha

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antifungal (membunuh kulat). Ia juga mampu mengembalikan warna kulit kepada warna asal.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan sekeliling pusat serta pada bahagian yang dijangkiti kulat setiap 8 jam sehari.

Catatan

Jika jangkitan kulat sangat teruk, perlu dapatkan pil antifungal daripada klinik. Jangkitan kulat biasanya mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Pesakit harus terus menggunakan krim sehingga jangkitan kulat pulih sepenuhnya. Amalkan juga kebersihan kulit seperti menggunakan sabun yang sesuai dan kerap menukar pakaian.

Punca

Kecedaraan pada kulit

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antimicrobial (antibakteria, antiviral dan antifungal).

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi berdekatan kawasan luka setiap 8 jam sehari.

Catatan

Jaga kebersihan kawasan luka dan lakukan pencucian luka yang kerap bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Punca

– Ketidakseimbangan hormon

– Liang roma pada kulit tersumbat dengan sebum (melembabkan kulit) dan dijangkiti bakteria

 

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi antibakteria, membantu menstabil hormon, membaiki struktur kulit serta menutup liang pori pada kulit.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi berdekatan kawasan jerawat (jika jerawat tumbuh di badan) setiap 8 jam sehari. Krim Firmax3 juga boleh disapu terus pada jerawat bagi mempercepatkan proses penyembuhan. 

Catatan

Pada permulaan penggunaan krim, jerawat mungkin timbul lebih banyak dan kulit jadi berminyak. Ia merupakan proses pencucian dan pembersihan. Proses ini mungkin berlarutan selama 3 hingga 7 hari (bergantung kepada individu). Teruskan menggunakan krim serta minum air mineral beralkali dengan banyak.

Punca

– Ketidakseimbangan hormon

– Pengambilan hormon dalam bentuk pil, suntikan atau sapuan

– pendedahan kepada cahaya uv 

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon serta melembap dan memutihkan kulit.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam sehari

Catatan

Perlu diingatkan bahawa pembentukan jeragat mengambil masa yang lama. Oleh itu, pemulihannya juga akan mengambil masa yang agak lama, sekurang-kurangnya 3 bulan

Punca

Kelebihan hormon testosteron 

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon dan menukar phytohormon menjadi hormon estrogen.

Rawatan

Krim Firmax3 membantu menstabilkan hormon dan menukar phytohormon menjadi hormon estrogen.

Catatan

Dinasihatkan juga berjumpa doktor dan membuat ujian darah bagi memastikan kelebihan hormon testosterone tidak disebabkan ketumbuhan seperti adrenal adenom

Punca

– Kulit sensitive dan mempunyai simptom alergi (kulit gatal dan merah, mengelupas, berair, kulit kering)

– Masalah keturunan

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan anti keradangan (anti inflammatory) dan pembaikpulih kulit

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi berhampiran kawasan eczema dan psoriasis setiap 8 jam sehari. Bagi bayi, memadai krim disapu di sekeliling pusat. Bagi bayi menyusu badan sepenuhnya, ibu digalakkan menyapu krim di nadi leher ibu dan memberi susu badan kepada bayi tersebut seberapa banyak susu yang boleh 

Catatan

Pada mula penggunaan, eczema mungkin menjadi lebih teruk disebabkan proses pembuangan toksik. Dinasihatkan untuk terus menggunakan krim sehingga sembuh. Pesakit juga dinasihatkan minum air mineral beralkali dengan banyak

Punca

Pendedahan kulit kepada bahan merbahaya seperti cahaya uv (matahari dan lampu), logam (bahan kosmetik), bahan peluntur, tetrasodium EDTA (syampu dan sabun), debu dan asap (bahan kima).

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan antioksida yang membuang toksik-toksik (bahan kimia, najis)

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan nadi berhampiran kawasan bermasalah setiap 8 jam

Catatan

Penyelidikan di Ireland Utara mendapati bahan dalam krim Firmax3 dapat menghentikan penyebaran sel kanser kulit

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Sistem Pencernaan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Jus gester dalam perut dirembeskan dengan berlebihan (akibat pemakanan tidak teratur dan stress) menyebabkan kerosakan pada lapisan perut

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 dapat membantu dengan menstabilkan hormon stress dan membantu pengguna lebih relaks

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat setiap 8 jam

Catatan

Amalkan waktu pemakanan secara teratur dan elakkan pengambilan makanan bercili, makanan yang dibakar dan tenusu

Punca

Disebabkan memakan makanan yang mengandungi kuman (food poisoning) atau tidak dimasak dengan betul menyebabkan ketidakhadaman (indigestion)

Fungsi Firmax3

Bagi masalah cirit-birit yang tidak beserta demam, krim Firmax3 dapat membantu kerana kandungannya membantu merehatkan usus 

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat setiap 8 jam

Catatan

Sekiranya terdapat demam, digalakkan berjumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik makan dan rawatan sewajarnya. Krim Firmax3 masih boleh diteruskan beserta rawatan dari klinik atau hospital

Punca

Berlaku kerana usus kurang aktif dan kurang pelincir serta serat dalam makanan.

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu merangsang usus supaya lebih aktif disamping merangsanag kelenjar-kelenjar di usus merembeskan pelincir.

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat setiap 8 jam

Punca

Keadaan dimana bahagian mukosa dalam anus (dubur) keluar disebabkan sembelit yang kronik

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu dengan mengecutkan mukosa tersebut

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan pada buasir setiap 8 jam

Catatan

Sapuan pada buasir akan menyebabkan pesakit berasa pedih dan sakit sementara. Jika tidak tahan bolehlah disapu kawasan sekeliling buasir

Masalah Kesihatan Disebabkan  Oleh Lain-lain Sistem

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Toksik dalam darah berasal dari makanan (pewarna dan pengawet), pencemaran udara, air, penggunaan bahan kosmetik uang mengandungi bahan toksik. Darah yang mengandungi toksik bersifat asidik

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 bersifat alkali akan meneutralkan darah bertoksik dan menyebabkan pembebasan gas oksigen. Dengan cara ini ia membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Ia juga mengandungi bahan antioksida yang dapat melindungi sel dari radikal bebas. Krim ini juga mengandungi bahan pelindung hati (hepatoprotective). Ia amat penting kerana hati merupakan salah satu penapis darah yang utama

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher setiap 8 jam dan keliling pusat

Catatan

Pada peringkat permulaan penggunaan krim, pesakit akan mengalami kulit berminyak, berjerawat, bengkak dan mungkin gatal- gatal. Gejala ini mungkin berterusan selama 7 hari atau lebih bergantung kepada kandungan toksik dalam badan individu dan kadar pembuangan toksik oleh badan. Pesakit harus meneruskan penggunaan krim dan minum air mineral beralkali dengan banyak. Selesai proses pembuangan toksik, pesakit akan berasa lebih sihat, bertenaga dan berseri

 

Punca

Obesiti, pekerjaan yang melibatkan berdiri lama (pengajar, juruwang)

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 bertindak melancarkan peredaran darah

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher, sekeliling pusat dan di pelipat kaki setiap 8 jam

Punca

Penyakit keturunan, diet yang kaya dengan daging dan makanan laut, ubat (thiazide, aspirin), selepas pembedahan, faktor umur antara 30 hingga 50 tahun, lebih kerap dikalangan lelaki

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu meningkatkan penyingkiran asid urik yang terkumpul dalam darah dengan melancarkan peredaran darah. Ia juga bertindak membantu menahan sakit (kesan analgesia)

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher, dan nadi kaki berdekatan sendi yang sakit setiap 8 jam. Di pelipat bagi yang sakit lutut dan nadi berhampiran buku lali bagi yang sakit sendi jari kaki

Catatan

Pesakit dinasihatkan minum air banyak bagi membantu proses penyingkiran asid urik dari darah melalui air kencing

Punca

– Penyakit autoimun dimana sistem pertahanan badan menyerang lapisan cartilage pada sendi

– Ia boleh wujud sebagai penyakit keturunan

– punca sebenar penyakit belum dikenalpasti tetapi boleh disebabkan persekitaran

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi bahan tahan sakit, membuang toksik dalam badan yang boleh menyumbang kepada punca penyakit serta membantu dalam proses pemulihan sel (kerosakan selepas serangan

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi tangan berdekatan sendi yang sakit setiap 8 jam sehari.

Catatan

Pesakit dinasihatkan juga berjumpa dengan doktor untuk proses pengesahan penyakit serta pemantauan perkembangan penyakit.

 

Punca

Kehausan pada lapisan cartilage sendi disebabkan penggunaan berterusan (wear and tear)

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengandungi kolagen yang terbukti boleh mencegah dan merawat masalah kesihatan tulang dan sendi. Ia juga mengandungi bahan penahan sakit (analgesia)

Rawatan

Sapu krim Firmax3 di nadi leher dan nadi pelipat berdekatan sendi yang sakit setiap 8 jam sehari

Catatan

Pesakit dinasihatkan juga mengamalkan cara hidup sihat dengan mengekalkan berat badan sihat, mengambil pemakanan sihat, melakukan senaman serta mengelak aktiviti yang menggunakan sesuatu sendi secara berterusan dan berpanjangan.

 

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Sistem Urologi

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Kurang minum air, suka tahan kencing atau mungkin mempunyai batu karang (batu pada saluran kencing)

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 membantu membunuh kuman kerana mempunyai antibacterial. Krim ini juga membantu dalam melawaskan kencing kerana ia menyebabkan pengguna minum banyak air

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam

Punca

Batu pada saluran kencing terhasil sekiranya kita kurang minum dan kerap tahan kencing. UTI juga meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat batu karang

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 dapat membantu mengatasi masalah ini kerana kandungan bahannya dapat membantu menghydrolisiskan (menghancurkan) batu tersebut disamping membantu melawaskan air kencing

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat, serta di kawasan atas ari-ari setiap 8 jam

Catatan

Sebagai bukti, air kencing yang dibuang pada waktu pagi 3 hari pertama penggunaan krim Firmax3 ditadah, kita dapat perhatikan batu karang yang keluar selepas 20 minit. Pengguna mungkin juga mengalami sakit semasa kencing atau kencing berdarah pada awal penggunaan kerana batu sedang dibuang oleh badan

Punca

Kegagalan buah pinggang biasanya berlaku kerana buah pinggang rosak dan tidak dapat berfungsi kerana tekanan darah tinggi atau kencing manis yang kronik. Akibat daripada kegagalan buah pinggang, toksik dalam badan tidak dapat dikumuhkan dengan baik. Badan juga tidak dapat menghasilkan sel darah merah kerana kekurangan atau ketiadaan hormon erythropoietin

Fungsi Firmax3

Krim firmax3 membantu dalam kegagalan buah pinggang dari segi, menggantikan sel yang rosak dengan sel baru, membantu mengeluarkan toksik dari badan, dan membantu menstabilkan hormon. Walaupun tiada jaminan bahawa krim Firmax3 dapat menyembuhkan pesakit dialisis, namun penggunaan krim Firmax3 dapat membantu pesakit dialisis berasa lebih sihat dan bertenaga

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan sekeliling pusat setiap 8 jam

 

Punca

Terjadi akibat hormon stress yang tinggi secara berpanjangan

Fungsi Firmax3

Cara krim Firmax3 membantu pesakit tekanan darah tinggi ialah dengan mengurangkan rembesan hormon stress dan membuka salur darah menyebabkan tekanan darah menurun

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher setiap 8 jam

Masalah Kesihatan Disebabkan Oleh Sistem Pernafasan

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada tanda + gejala penyakit yang disenaraikan.

Punca

Jangkitan virus yang terdapat di dalam udara

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 dapat membantu kerana mempunyai antivirus dan dapat membunuh kuman dan melegakan simptom-simptom tersebut

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan hidung setiap 8 jam

Catatan

Sekiranya URTI berlanjutan lebih dari 5 hari, atau makin teruk atau terdapat demam yang tinggi, dinasihatkan ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan atau membuat ujian darah

Punca

Masalah kronik disebabkan terdapat kuman yang terperangkap di dalam rongga sinus pada tengkorak kepala kita

Fungsi Firmax3

Memandangkan tiada salur darah ke kawasan tersebut, maka pengambilan antibiotik dan ubat resdung kurang berkesan dalam merawat resdung. Krim Firmax3 mempunyai kelebihan nano teknologi dimana molekulnya sangat halus dapat masuk ke dalam rongga tersebut. Krim Firmax3 juga mempunyai antibakteria dan anti-inflammatory yang dapat membantu mempercepatkan penyembuhan resdung

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher dan disapu dengan lembut pada bahagian sinus menghala ke lubang hidung setiap 8 jam

Catatan

Di peringkat awal penggunaan krim, terdapat banyak pengeluaran mukus (lendir) daripada hidung. Kemudian, dengan penggunaan krim yang berterusan, insyaAllah, resdung dapat disembuhkan

Punca

Asma merupakan suatu keadaan dimana paru-paru pesakit adalah lebih sensitif kepada keadaan sekeliling berbanding orang normal. Apabila pesakit mendapat asma, keradangan berlaku pada saluran pernafasan dan menyebabkan salur pernafasan menjadi sempit

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 dapat membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan sel-sel salur pernafasan yang rosak. Krim Firmax3 juga membuka salur darah dan membantu meningkatkan peredaran darah dalam paru-paru

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher setiap 8 jam

Catatan

Ada kemungkinan di peringkat awal penggunaan krim, pesakit akan mengalami batuk selesema atau malah mendapat serangan asma. Ini adalah kerana proses pembuangan toksik daripada paru-paru serta pencairan kahak. Pesakit boleh menggunakan inhaler atau mendapatkan rawatan penyedutan (aspiration) di klinik untuk melegakan simptom tetapi krim haruslah diteruskan sehingga simptom hilang

Punca

Keradangan pada salur pernafasan kecil dalam paru-paru. Masalah kesihatan ini berlaku pada kanak-kanak yang mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia) dan pernah dirawat di dalam wad atau pada dewasa yang merokok

Fungsi Firmax3

Krim Firmax3 mengurangkan keradangan, memperbaiki kerosakan pada paru-paru dan meningkatkan sistem imunisasi badan

Rawatan

Sapu krim Firmax3 pada nadi leher setiap 8 jam

Latar Belakang Penulis

Dr Zannat Begam Binti Sawal Hamid

Merupakan seorang pegawai perubatan (MBBS, UM) dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (No MMC: 49956). Pernah bertugas di Hospital Selayang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Klinik Kesihatan Kajang, Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi dan Bahagian Kesihatan (Putrajaya).

Kini bertugas di Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplimentari, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugas utama bahagian ini ialah mengiktiraf dan membantu masyarakat berkaitan perubatan tradisional dan komplimentari termasuklah penggunaan perubatan herba dan kosmetik.

Dr Zeenat Begam Binti Sawal Hamid

Merupakan seorang pegawai perubatan (MBBS,UM) dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (No MMC: 33130). Pernah bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Kuala Lumpur. Kini bergiat di dalam Functional Medicine.